Geng Sekaki Sejiwa

Maksud Warna dan Chakra !

ASSALAMUALAIKUM.
OKAY HARI INI KITA CERITA PASAL WARNA.

Terdapat pelbagai warna yang kita ketahui yang mewarnai bumi dan alam semesta.
Allah menciptakan warna bagi kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi :)

Dari sudut psikologi pula,warna-warna ini ada makna tersendiri.
kita mulakan dengan warna....

KUNING
*Dapat meransang proses mental (berfikir dengan pantas).
*Meransang sistem saraf.
*Mengaktifkan memori.
*Menggalakkan komunikasi.

Selain itu, warna kuning adalah warna Solar Plexus Chakra ataupun Manipura.
Chakra ini terletak di kawasan perut.Ia juga dikaitkan dengan hati,kulit,usus besar  dan sistem otot.

Apabila chakra ni dibuka (anda pakai baju warna kuning),
 ia bertindak untuk memberi kuasa kepada seseorang dan membantu mereka mencari kekuatan peribadi mereka. Ia akan membantu mimpi dan matlamat seterusnya menjadi kenyataan.
INSYAALLAH :)

HIJAU
*Melegakan mental dan fizikal.
*Membantu meringankan kemurungan,ketakutan dan kebimbangan.
*Mengelakkan rasa janggal.
*Dapat mengawal diri dan rasa harmoni.

Warna hijau adalah warna Heart Chakra dikenali juga sebagai Anahata.
Chakra ini terletak ditengah-tengah dada.Dikaitkan dengan jantung,paru-paru dan
sistem peredaran darah.

Apabila chakra ini dibuka (memakai rantai atau baju berwarna hijau taw),
Ia boleh menjadikan seseorang itu bersikap penyayang dan rasa belas kasihan.
SO,pakai lah baju hijau kalau nak jiwa tenang jer.heheh
Nabi Muhamad SAW pun suka warna hijau !

BIRU
*Menenangkan
*Cool 
*Membantu dalam percakapan atau berfikir dengan super spontan.(hehe)

Adalah warna Throat Chakra atau dikenal sebagai Visuddha.
Terletak di dalam tekak.Dikaitkan dengan tekak,leher,tangan dan lengan.

Chakra ini membantu kita untuk bertutur dan mendengar dengan jelas.Ia juga menggalakkan
kita berkomunikasi dengan baik.
Kalau nak pergi temuduga tu pakailah scarf,baju berkolar atau bagi yang berhijab macam saya,
pakai yang berwarna biru.Insyaallah.Kita dapat berkomunikasi tanpa rasa gugup.
Cik Wardah sendiri sudah alami dan Alhamdullilah berjaya.
try lah !

UNGU
*Uplifts
*Membantu dalam sistem saraf.
*Meningkatkan daya kreativiti.

Adalah warna Crown Chakra juga dikenali sebagai Sahasrara.
Terletak di bahagian atas kepala.

Membantu dalam sistem saraf dan otak.Berfikir dengan logik.
Ia juga dapat menyedarkan diri (berpijak di bumi nyata) dan membantu
dalam segi rohani kita.(segi pemahaman)

MERAH JAMBU
*Meransang tenaga aktif yang meningkatkan tekanan darah,degupan jantung dan 
kadar nadi(thats why pink tu HOT! aww)
*Meningkatkan keyakinan.
*Merah jambu telah digunakan di dalam penjara yang memegang sel-sel
 untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak menentu.

MERAH
*Menaikkan semangat
*Merangsang tenaga dan boleh meningkatkan tekanan darah, pernafasan, degupan jantung, dan kadar nadi
*Menggalakkan tindakan dan keyakinan
*Menyediakan rasa perlindungan daripada ketakutan dan kebimbangan

Merupakan warna Root Chakra.yang terletak di asas tulang belakang.
Ia dapat meransang tenaga luar biasa.
Ia merupakan chakra yang pertama taw !! 

JINGGA
*Meransang aktiviti.
*Peransang selera(mungkin yang suka warna ni kuat makan.hehe)
*Menggalakkan sifat sosial.

Adalah warna Sacral Chakra atau Svadhisthana.
Chakra ini terletak di bawah, berhampiran dengan alat kelamin.Sacral Chakra yang dikaitkan dengan organ-organ seksual dan sistem pembiakan. Membuka chakra ini akan membebaskan kesuburan dan kreativiti yang wujud.The Brow Chakra merangsang seksual dan emosi.
(tutup cerita)

COKLAT
*Membekalkan rasa kesegaran.
*Menstabilkan.
*Menyediakan sambungan dengan bumi.
*Memberikan rasa tertib.


Okay sekian terima kasih.Sebenarnya cikwardah dah lama berminat 
nak share pasal chakra-chakra ni.Cikgu bahasa inggeris cikwardah ada beritahu
sebenarnya pasal benda ini,cikwardah pun catat la sikit-sikit and buat research
kat internet.Chakra semua tu bukan chakra dalam cerita Naruto taw.
Kalau nak apply kan warna-warna ni.try lah.
Kita usaha,Allah menentukan :)
















No comments:

Post a Comment